Kimpalan ialah satu proses penyambungan logam. Penyambungan logam bermaksud dua logam disambung antara satu sama lain. Penyambungan boleh berlaku dengan melebur atau tidak melebur kedua-dua logam yang hendak disambung. Proses kimpalan dengan meleburkan logam dikenali sebagai kimpalan lebur, sementara kimpalan dengan tidak meleburkan logam dikenali sebagai kimpalan tidak lebur. Kimpalan Arkaadalah jenis kimpalan lebur.
Wednesday, May 27, 2009
KESELAMATAN DAN PERALATAN ASAS
Berikut ialah beberapa kelengkapan asas mengimpal arka:
· Berus dawai. · Penggarit. · Kapur kejuruteraan. · Chipping hammer. · Elektrod. . Pemegang elektrod. . Kabel elektrik. . Pelindung muka. Pelindung Muka Pelindung muka diguna untuk melindungi mata dan muka pengimpaldari terkena percikkan arka. Ia juga melindungi pengimpal dari pancaran ultra voilet yang boleh membahayakan mata.
Pemegang Elektrod Pemegang elektrod berfungsi memegang elektrod ketika kerjakimpalan sedang dilakukan. Awas dengan pemegang elektrodyang sudah longgar atau rosak. Ia mesti diganti untuk mengelak dari terkena kejutan elektrik.
Chipping Hammer Chipping hammer diguna untuk membuang sangga/jeremang. Awas dengan sangga panas.
Elektrod Elektrod adalah satu dawai atau batang rod yang diguna sebagai terminal atau pengalir kimpalan arka. Ia berfungsi sebagai dawai pengisi atau rod pengisi.
MESIN KIMPALAN ARKA
Mesin kimpalan adalah keperluan penting untuk kerjakimpalan. Mesin kimpalan perlukan voltan di antara 20-100 volt manakala arus yang sesuai ialah di antara 100-1000 ampere. Mesin kimpalan dibekalkan kuasa elektrik fasa tiga. Terdapat juga jenis mudah alih yang dibekalkan dengan kuasa elektrik satu fasa.Terdapat dua jenis mesin kimpalan arka. a) Mesin yang memberi arus terus. b) Mesin yang memberi arus ulang alik.
Mesin Kimpalan Arus Terus
Mesin arus terus dibekalkan dari set penjana dan alat kimpalan penerus.
Kebaikan
1. Sesuai untuk semua jenis elektrod. 2. Menghasilkan kimpalan yang lebih halus. 3. Boleh mengimpal logam yang nipis. 4. Lebih selamat berbanding jenis lain.
Mesin Kimpalan Arus Ulangalik Bekalan arus ulangalik diperolehi daripada sebuah pengubah.Bekalan elektrik dari punca kuasa yang membekalkan 230-250 volt diturunkan kepada kurang daripada 100 volt. Alat pengubah diguna untuk menurunkan kuasa elektrik.Mesin kimpalan boleh mengaturkan kuasa yang diguna untuk kerja kimpalan. Pengguna hanya perlu memilih kekuatan arus yang sesuai dengan elektrod dan jenis kerja yang hendaj dilakukan. Mesin ini lebih mudah diguna dan sangat cekap.
Kebaikan:
1. Harganya lebih murah. 2. Penyelenggaraan sangat mudah. 3. Boleh diguna di mana saja. 4. Ketika mengimpal tidak tiupan arka.
PRINSIP KIMPALAN ARKA Pencaran arka akan terjadi apabila arus elektrik yang dialirkan melalui elektrod menyentuh atau digoreskan pada permukaan logam. Arka akan terus terjadi apabila pergerakan elektrod dikawal dengan pergerakan malar. Keadaan ini akan menghasilkan haba yang tinggi sehingga boleh mencairkan hujung elektrod dan permukaan logam. Peleburan hujung elektrod dan logam akan membentuk kawah lebur (molten pool). Peleburan dua logam akan membentuk kumai(bead).
Elektrod adalah bahan yang membentuk kumai, kerana itu elektrod dikenali sebagai bahan penambah. Pemilihan elektrod mestilah betul untuk mendapat hasil kerja yang baik. Bahan asas dalam elektrod mestilah sama dengan bahan logam yang hendak dikimpal. Contohnya elektrod keluli lembut hanya sesuai diguna untuk mengimpal logam-logam yang berasaskan keluli lembut sahaja.Terdapat banyak jenis elektrod dipasaran untuk memenuhi kehendak pengguna. Elektrod adalah sebatang dawai yang disalut dengan lapisan khas. Lapisan elektrod akan membentuk asap untuk melindungi kawah cair(molten pool) dari udara luar yang boleh menyebabkan kecacatan kimpalan.Salutan elektrod juga akan membentuk jeremang(slag).
UJIAN SAMBUNGAN ARKA
Sambungan arka yang baik
bukan dinilai dari
rupa kumainya yang halus
dan seragam semata-mata.
Rupa yang cantik di
bahagian luar sambungan
tidak bererti
jika di bahagian dalam sambungan
ada kecacatan sambungan.
Kecacatan arka yang biasa terjadi
ialah lubang udara.
Lubang ini sangat halus,
hanya boleh dilihat melalui pengimbasan.
Adalah sangat penting mengetahui ujian kimpal.
Jika dibiarkan sambungan arka akan retak dan pecah.
Sebab-sebab berlakunya lubang-lubang udara
ialah kerana ada kesan minyak pada sambungan.
Adalah sangat penting membersihkan bahagian
sambungan dari kesan oksida.
BAHAYA KIMPALAN ARKA Kerja kimpalan seharusnya dilakukan di tempat yang sesuai(Welding Bay) dan bukan di tempat yang terbuka. Welding bay dilengkapi dengan dinding dan tirai yang berfungsi sebagai pelindung dari pandangan orang lain. Welding bay yang lengkap akan mempunyai kipas ekzos dan pencahayaan yang cukup.Kipas ekzos berfungsi melepaskan gas/asap yang terperangkap dengan lebih cepat. Diantara bahaya kerja kimpalan arka ialah:
1. Pancaran arka/Ultra voilet boleh membahayakan kulit dan mata. 2. Percikan arka dari logam lebur boleh terkena anggota badan. 3. Asap arka boleh membahayakan paru-paru. 4. Kejutan elektrik.
Semua kemalangan di atas boleh dielakkan jika pengimpal memakai pakaian yang sesuai seperti pelindung mata, muka, kasut dan jaket khas. Mengimpal di bilik yang tidak ada pengudaraan yang cukup tidak digalakkan. Pengimpal hendaklah memastikan semua kabel dan penyambungan terutamanya pemegang elektrod ada penebat yang baik.
Klik di sini untuk terus melayari Laman Web Resmi SUKMA 2010. Dapatkan maklumat terkini tentang vanue dan jenis sukan yang di pertandingkan.
MENCARI TEMPAT MENGINAP DI MELAKA
Kami menyediakan tempat penginapan berkonsepkan HOMESTAY. Harga sangat berpatutan. Lokasi dikawasan selamat dan berhampiran dengan kawasan pelancongan menarik.
CONTOH KERJA KIMPALAN
Banyak diguna dalam bidang pembuatan
juga sesuai untuk kerja luaran
KEDUDUKAN MENGIMPAL
1.Kedudukan Rata 2.Kedudukan Mengufuk 3.Kedudukan Menegak 4.Kedudukan Overhead
Guru Lukisan Kejuruteraan. Telah lama berkhidmat dalam bidang pendidikan. Sedia bertukar pendapat dan maklumat untuk sama-sama memartabatkan bidang yang diceburi.